Tuesday, October 27, 2009

KISAH-KISAH SUFI TELADAN(tidak ada jalan maksiat)

Seorang lelaki datang kepada Ibrahim bin Adhan sambil berkata:
"Wahai Abu Ishak, aku seorang yang berlumuran dosa. Banyak melakukan kezaliman. Berkenan kiranya tuan mengajarkanku hidup zuhud, agar Allah memberikan jalan terang dalam kehidupanku dan menyuburkan hatiku yang gersang."
"Apabila dirimu dapat memegang teguh enam perkara yang akan saya kemukakan, tentu akan mendapat keselamatan," jawab Ibrahim bin Adham.
"Apa dia wahai Abu Ishak?" tanya lelaki itu.
"Pertama, bila dirimu akan melakukan maksia, janganlah memakan rezeki Allah."
"Manakala diseluruh penjuru bumi ada rezeki Allah, sama ada di barat mahupun di timur, di darat mahupun di lautan, di kebun mahupun di gunung, jadi dari mana aku makan?"
"Wahai saudaraku, layakkah kamu memakan rezeki Allah sementara sirimu melanggar peraturannya."
"Tidak, demi Allah. Kemudian apa yang kedua?"
"Kedua, bila kamu bermaksiat kepada Allah, jangan tinggal di negeri-Nya.
"Tuan Ibrahim, demi Allah yang kedua ini lebih berat. Bukankah bumi ini milik-Nya? Kalau demikian, dimanakah aku harus tinggal?" Tanya lelaki itu.
"Patutkah kamu makan rezeki Allah dan bertempat tinggal di bumi-Nya, sedangkan dirimu melakukan maksiat kepada-Nya?"
"Tidak patut, wahai tuan guru," ujarnya.
"Ketiga, apabila dirimu hendak melakukan maksiat, jangan melupakan Allah Maha Melihat,dan beranggapan bahawa Dia lalai kepadamu!"
"Tuan guru, mana mungkin aku dapat melakukannya, padahal Allah maha mengetahui segala rahsia, dan maha melihat setiap gerak hati nurani." ujar lelaki itu.
"Layakkah dirimu meikmati rezeki Allah, bertempat tinggal di bumi-Nya dan maksiat kepada-Nya sedangkan Allah melihat dan mengawasi perilakumu?"
"Tentu sahaja tidak, wahai tuan guru. Terus apakah yang keempat?" tanya lelaki itu penuh harapan.
"Keempat, manakala malaikat maut datang kepadamu, hendak mencabut nyawa, katakanlah kepadanya, "Tunggu sebentar, aku akan bertaubat!" Tuan guru, hal itu sangat mustahil. Dan permintaan itu tidak mungkin dikabulkannya." jawab lelaki itu.
"Kalau dirimu sedar, bahawa tidak mungkin dapat menolak keinginan malaikat maut(Izrael), tentu dia akan datang kepadamu bila-bila masa sahaja. Mungkin dirimu dapat bertaubat." kata Ibrahim.
"Benar apa yang tuan ucapkan. Lantas apa yang kelima?" tanyanya lagi.
"Kelima, bila malaikat MUnkar dan Nakir datang kepadamu, lawanlah dengan segala kekuatan yang ada, jika dirimu mampu."
"Itulah suatu hal yang sangat mustahil lagi, wahai tuan guru." balas lelaki itu.
"Keenam, manakala kelak dirimu berada di sisi Allah, dan Dia menyuruhmu masuk nerak, katakanlah, "Ya Allah, aku tidak bersedia masuk ke dalamnya," ujar Ibrahim bin Adham.
"Wahai guru, keenam perkara itu sangat berat. Cukup, saya telah sedar dan faham."
Lelaki itu meninggalkan Ibrahim bin Adham dengan hati yang lega, dan menambah kesedaran hati dalam beribadah kepada Allah SWT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.