Thursday, October 29, 2009

GEMPAR! Bayi renung mata ibunya sebelum mati dicekik.

Assalam mualaikum semua.
Today I want to enter a story that I take from Mastika to teaching for those made Eve. This story may be a little bit long. Furthermore, I tired to Summarize the story .. Enjoy.

Sewaktu berada di sebuah Universiti, Fatihah mengenali seorang lelaki. lama kelamaan mereka saling menyukai. Perhubungan Fatihah dengan Badrul makin rapat sehingga Fatihah rebah dalam pelukan cinta Badrul. Tanpa disedari, Fatihah menyerahkan segala kehormatannya kepada Badrul kerana terlalu sayangkan lelaki itu.
Tiga bulan selepas itu, Fatihah disahkan mengandung. Fatihah meminta Badrul bertanggungjawab. Tetapi lelaki itu mengelakkan dirinya. Badrul tidak mahu bertanggungjawab diatas perkara itu.
Hari demi hari, perut Fatihah makin membesar. Fatihah mula memikirkan untuk menggugurkan kandungannya. Tetapi Fatihah tidak mempunyai wang untuk melakukannya. Dia terus mengandungkan bayi tersebut.
Suatu pagi, ketika Fatihah sedang mengulang kaji pelajaranmya, tiba-tiba dia terasa perutnya memulas-mulas. Dia pun terus berlari ke bilik air. Fatihah dapat rasakan kandungannya hendak keluar bila-bila masa. Selepas 40 minit bertarung nyawa, akhirnya Fatihah berjaya melahirkan seorng bayi lelaki. Sebaik lahir kedunia, bayi itu terus menangis.
Fatihah menjadi panik dan takut jika suara tangisan bayi itu akan didengari oleh semua orang. Akhirnya Fatihah menyumbat mulut bayi itu dengan sehelai kain batik sehingga bayi itu berhenti menangis. Akhirnya tiada lagi kedengaran tangisan bayi lelaki itu. Fatihah tenung muka bayi itu. Tiba-tiba bayi yang baru lahir itu membuka kelopak matanya. Mata bayi itu bersinar. Fatihah betul2 terkejut waktu itu. Mana mungkin bayi yang baru lahir boleh membuka mata. Bayi itu terus merenungnya dengan tajam. Disebabkan ketakutan, Fatihah mengalihkan pandangannya. Dia tidak sanggup bertentang mata dengan bayi itu.
Selepas beberapa minit, mata bayi itu tertutup dan terus menghembuskan nafasnya yang terakhir. Fatihah mengucup dahi bayi itu dan menyorokkannya di dalam baju. Fatihah kemudian turun ke bawah blok dan mencampakkan bayi tersebut kedalam tong sampah.
Pihak polis menjalankan siasatan rapi dan akhirnya Fatihah ditangkap. Masa polis tahan Fatihah pun, dia dah separuh gila. Emosinya terganggu selepas membunuh bayinya. Fatihah menangis dan meraung-raung apabila terbayang pandangan mata bayinya. Apabila bayangan itu hilang, Fatihah ketawa terbahak-bahak.
Selepas kejadian itu, Fatihah telah dikenakan tindakan dan dibuang dari Universiti.
ingatlah firman ini wahai kaum Hawa:
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)." Surah al-Isra': Ayat 32.

Sumber: Mastika keluaran November 2009.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.