Monday, October 26, 2009

KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN


Sebagai Pengubat Dan Penawar hati, Allah s.w.t. berfirman :

Ertinya : “Dan Kami turunkan dari Al-Qur’an itu sesuatu yang menjadi ubat (penawar hati) bagi orang-orang yang beriman”. (Q.S. Al-Isra’, ayat 82)



Suatu hari, seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud dan menceritakan bahawa ia sedang dilanda risau, runsing, hatinya gelisah dan tidak tenteram. Ibnu Masiud menyarankan kepada orang itu agar mendatangi tiga tempat untuk menemukan ubatnya.

Pertama, tempat orang membaca Al-Qur’an dengan memperhatikan dan mendengar-kan baik-baik atau ia membaca sendiri Al-Qur’an itu dengan baik dan tartil.

Kedua, agar mendatangi majlis ta’lim atau tempat-tempat orang yang sedang menuntut ilmu, mendengarkan syarahan, bermesyuarat dan lain-lain.

Ketiga, agar datang ke tempat-tempat yang sunyi. Di sana ia dapat menyendiri dengan beribadah & dapat merasakan manisnya mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Nasihat itu diikutinya. Serta-merta ia berwuduk dengan baik lalu mengambil Al-Qur’an dan dibacanya dengan khusyuk dan tawaduk. Tiada berapa lama kemudian, hatinya yang runsing dan gelisah itu telah berubah menjadi tenang dan tenteram. Hilang segala rasa gundah dan gelisah

Maka benarlah bahawa ubat hati itu ada lima perkara iaitu membaca Al-Qur’an dengan kefahaman, mendekati orang soleh, bangun malam untuk beribadah, mengurangkan makan dan menghadiri majlis ilmu.

CIRI-CIRI ORANG MUKMIN

Sabda Rasullallah S.A.W.

Sesungguhnya dari sifat-sifat orang mukmin itu ialah kuat dalam beragama:
tegas dan tetap pendirian dalam berlembut; keimanan dalam yakin; kuat keinginan dalam ilmu; sederhana dalam kekayaan; berperanagai indah dalam kesempitan; mengelak diri dari sifat tamak; berusaha dalam apa yang halal;kebaikan dalam istiqamah; cergas dalam bimbingan(Allah); melarang (diri dari) keinginan yang rendah; kasihan belas kepada mereka yang tertindas; dan sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah termasuk kedalam golongan hamba Allah yang tidak berlaku zalim kepada orang yang dimarahinya; tidak menggunakan gelaran (keji); tidak melakukan dosa dalam (memberi layanan kepada) yang dikasihinya; tidak menyiakan apa yang diamanahkan kepadanya; tidak dengki; tidak mencaci; tidak melaknat; tidak mengakui apa yang hak,walaupun dia tidak menyaksikan di atasnya; tidak menggunakan gelaran-gelaran yang keji ke atas orang lain; khusuk di dalam sembahyang; segera di dalam menunaikan zakat; tenang dalam keadaan huru hara; mengawal diri dalam keadaan senang; bersyukur dan bersikap memadai dengan apa yang ada padanya; tidak mendakwa apa yang bukan haknya; tidak berhimpun dalam kemarahan; dia tidak dikuasai oleh sifat bakhil ( sehingga tidak melakukan kebaikan yang diingininya; dia bergaul dengan manusia untuk memberi pengajaran kepada mereka; dia berbicara kepada mereka untuk memberikan kefahaman kepada mereka; kalau dia dizalimi dan dilakukan kejahatan ke atasnya, maka dia bersabar sehingga Tuhan Yang Rahman ( pemurah) memberi pertolongan untuknya.


Dari ‘Abdullah Bin ‘Abbas –-semoga Allah meridhoinya- ia mengatakan:


“Aku berada di belakang Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam Beliau mengatakan, ‘Nak, Jagalah Allah niscaya Dia akan menjagamu. Jagalah Allah niscaya engkau akan dapati Dia ada di hadapanmu. Jika engkau memohon, mohonlah kepada Allah; dan jika engkau meminta pertolongan, mintalah pertolongan kepada Allah. Dan ketahuilah bahwa jika seluruh umat berhimpun untuk memberikan manfaat (keselamatan) kepadamu, niscaya mereka tidak dapat melakukannya selain apa yang sudah Allah tetapkan untukmu. Dan seandainya seluruh umat berhimpun untuk menecelakakanmu, niscaya mereka tidak dapat melakukannya kecuali kecelakaan yang memang sudah Allah tetapkan untukmu. Telah diangkat pena dan telah kering lembaran-lembaran.”

IMAN DAN AKHLAK


APA KATA MUSUH TERHADAP IMAN DAN ISLAM?.

perdana menteri Britain, William Ewart Gladstone(1809-1898)
" Selama mana al-Quran ini berada di tangan orang-orang islam, Eropah selama-lamanya tidak akan dapat menjajah Timur".

Lawrence Brown pernah berkata
"Sesungguhnya islam adalah satu-satunya benteng yang menghalang penjajahan Eropah".

David Gurion
"Sesungguhnya apa yang yang paling aku takut ialah akan lahirnya Muhammad yang baru di negara Arab".

KEBENCIAN MUSUH TERHADAP ISLAM.

Seorang oreentalis berbangsa Perancis bernama Keymon. Ia terlalu benci kepada umat islam sehingga mengatakan:
"Aku percaya di antara kewajipan kita ialah memperbodohkan 1/5 umat islam, menghukum yang selebihnya dengan kerja berat, meruntuhkan Ka'abah, menggali kubur Muhammad dan mayatnya diletakkan di muzium."

Rusto iaitu ketua bahagian perancangan di Kementerian Luar Negara Amerika. Belius menjelaskan:
"Sesungguhnya tujuan penjajahan ke atas Timur Tengah ialah memusnahkan Tamadun Islam dan mewujudkan sebuah negara bagi Israel. Ia merupakan penerusan berkekalan terhadap perang salib."

Gardner pernah berkata:
"Sesungguhnya Perang Salib bukanlah semata-mata untuk menyalamat (menguasai) Baitul Maqdis tetapi ia sebenarnya lebih merupakan kepada menghancurkan Islam."

SEPULUH STRATEGI MUSUH UNTUK MENGHANCURKAN ISLAM.

1- Menghapuskan Khilafah Islam.
2-Menghapuskan Al-Quran.
3-Rosakkan akhlak dan pemikiran orang Islam.
4-Memecahkan kesatuan Islam.
5-Meragukan orang Islam tentang agama mereka.
6-Mengekalkan orang Arab dalam keaadan lemah.
7-Mengelakkan pemerintahan ala diktator di negara Islam.
8-Membiarkan negara Islam mundur dalam perindustrian.
9-Menghalang pemimpin Islam yang kuat dari berkuasa.
10-Merosakkan wanita dan menggalakkan pergaulan bebas.

KEGERUNAN MUSUH TERHADAP ISLAM.

Hanato, bekas Menteri Luar Perancis berkata
“Tidak ada tempat dimuka bumi ini melainkan di bahagikan oleh Islam sempadannya dan tersebar agama itu padanya. Itulah satu-satunya agama yang manusia merasa cenderung untuk menganutnya dengan sebab tingginya daripada agama lain.

Albert Marcador berkata:
“Siapa tahu, boleh jadi suatu hari nanti Negara-negara di Eropah akan di ancam oleh orang Islam, mereka akan turun daripada langit memerangi dunia bagi kali kedua pada suatu waktu yang tertentu. Aku bukanlah peramal, akan tetapi alamat-alamat menunjukkan kemungkinan-kenungkinan itu banyak. Ketika arus itu melanda tidak ada nuclear atau pun peluru berpandu yang boleh menghalangnya. Sesungguhnya orang Islam pada hari ini telah pun sedar. Mereka telah pun melaung.”

Seorang misionari, Bowman telah menulis di dalam sebuah majalah misionari berhubung dengan kekuatan orang Islam.Katanya:
“Sesungguhnya suatu perkara yang menakutkan yang menghantui Negara Eropah ialah Islam. Ketakutan ini berdasarkan beberapa sebab. Anataranya, Islam sejak kelahirannya di Mekah ia tidak menghadapi masalah jumlah bilangat penganutnya, bahkan penganutnya sentiasa bertambah secara berterusa. Sebab ketakutan yang lain ialah dalam agama ini di antara rukunnya adalah termauk kewajipan berjihad.”

SINAR CAHAYA AYAT KURSI


Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah
sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap h ati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S..A..W. bersabda,

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu"

Subhanallah. ..
AMIN......
-dari sahabat-