Tuesday, October 27, 2009

KISAH-KISAH SUFI TELADAN(tidak ada jalan maksiat)

Seorang lelaki datang kepada Ibrahim bin Adhan sambil berkata:
"Wahai Abu Ishak, aku seorang yang berlumuran dosa. Banyak melakukan kezaliman. Berkenan kiranya tuan mengajarkanku hidup zuhud, agar Allah memberikan jalan terang dalam kehidupanku dan menyuburkan hatiku yang gersang."
"Apabila dirimu dapat memegang teguh enam perkara yang akan saya kemukakan, tentu akan mendapat keselamatan," jawab Ibrahim bin Adham.
"Apa dia wahai Abu Ishak?" tanya lelaki itu.
"Pertama, bila dirimu akan melakukan maksia, janganlah memakan rezeki Allah."
"Manakala diseluruh penjuru bumi ada rezeki Allah, sama ada di barat mahupun di timur, di darat mahupun di lautan, di kebun mahupun di gunung, jadi dari mana aku makan?"
"Wahai saudaraku, layakkah kamu memakan rezeki Allah sementara sirimu melanggar peraturannya."
"Tidak, demi Allah. Kemudian apa yang kedua?"
"Kedua, bila kamu bermaksiat kepada Allah, jangan tinggal di negeri-Nya.
"Tuan Ibrahim, demi Allah yang kedua ini lebih berat. Bukankah bumi ini milik-Nya? Kalau demikian, dimanakah aku harus tinggal?" Tanya lelaki itu.
"Patutkah kamu makan rezeki Allah dan bertempat tinggal di bumi-Nya, sedangkan dirimu melakukan maksiat kepada-Nya?"
"Tidak patut, wahai tuan guru," ujarnya.
"Ketiga, apabila dirimu hendak melakukan maksiat, jangan melupakan Allah Maha Melihat,dan beranggapan bahawa Dia lalai kepadamu!"
"Tuan guru, mana mungkin aku dapat melakukannya, padahal Allah maha mengetahui segala rahsia, dan maha melihat setiap gerak hati nurani." ujar lelaki itu.
"Layakkah dirimu meikmati rezeki Allah, bertempat tinggal di bumi-Nya dan maksiat kepada-Nya sedangkan Allah melihat dan mengawasi perilakumu?"
"Tentu sahaja tidak, wahai tuan guru. Terus apakah yang keempat?" tanya lelaki itu penuh harapan.
"Keempat, manakala malaikat maut datang kepadamu, hendak mencabut nyawa, katakanlah kepadanya, "Tunggu sebentar, aku akan bertaubat!" Tuan guru, hal itu sangat mustahil. Dan permintaan itu tidak mungkin dikabulkannya." jawab lelaki itu.
"Kalau dirimu sedar, bahawa tidak mungkin dapat menolak keinginan malaikat maut(Izrael), tentu dia akan datang kepadamu bila-bila masa sahaja. Mungkin dirimu dapat bertaubat." kata Ibrahim.
"Benar apa yang tuan ucapkan. Lantas apa yang kelima?" tanyanya lagi.
"Kelima, bila malaikat MUnkar dan Nakir datang kepadamu, lawanlah dengan segala kekuatan yang ada, jika dirimu mampu."
"Itulah suatu hal yang sangat mustahil lagi, wahai tuan guru." balas lelaki itu.
"Keenam, manakala kelak dirimu berada di sisi Allah, dan Dia menyuruhmu masuk nerak, katakanlah, "Ya Allah, aku tidak bersedia masuk ke dalamnya," ujar Ibrahim bin Adham.
"Wahai guru, keenam perkara itu sangat berat. Cukup, saya telah sedar dan faham."
Lelaki itu meninggalkan Ibrahim bin Adham dengan hati yang lega, dan menambah kesedaran hati dalam beribadah kepada Allah SWT.

Hidayah Dari Allah.


Assalam mualaikum...
kisah yang saya nak ceritakan adalah kisah yang berlaku keatas diri saya sendiri.
dulu...waktu kecil2 dulu memang saya seorang yang nakal. ikhlas saya ceritakan untuk dibuat pengajaran.. waktu sekolah rendah dulu, saya tak adalah pandai pun. tak macam abang saya yang hebat. then, dia masuk sekolah teknik. jarak umur saya dengan dia 5 tahun. saya rasa cemburu bila tengok mama dengan ayah bagi perhatian dekat dia. waktu tu kecil lagi. saya rasa macam dah tak dipedulikan.
Akhirnya, saya buat keputusan untuk memberontak cz nak perhatian daripada parents. saya mula bergaul dengan kawan-kawan yang berperangai buruk. boleh dikatakan saya seorang tomboi waktu tu... saya berkelakuan macam lelaki. perkara tu berlanjutan sampai umur saya 14 tahun. form 2 waktu tu. belajar dah lah tak pandai. perangai buruk ya rabbi... whuallahualam..
waktu tu disekolah. sekolah sesi petang. waktu rehat kawan-kawan semua pergi sembahyang zuhur berjemaah di surau. saya dengan kawan-kawan yang perangai teruk ni pergi melepak bawah pokok. ikhlas lagi saya katakan, saya tak malu cerita semua ni. saya nak semua orang ambil pengajaran daripada kisah saya ni. waktu tu tengah sedap-sedap duduk santai bawah pokok, tiba-tiba guru displin datang dan tanpa sebarang isyarat, terus je bawa kami semua pergi pejabat. allah huakahbar. waktu tu, Allah je yang tahu perasaan saya. saya dah dapat jangka tindakan yang akan diambil oleh guru displin tu. nama saya disenaraikan dalam rekod displin. masyaallah.. nak menangis je waktu tu. kalau parents tahu, mesti teruk kena ni.
so, bermula daripada hari tu lah saya mula sedar yang selama ni saya buat banyak dosa. saya mula ingat Allah. jadi, malam tu juga saya mula mendirikan solat dan membaca Al-Quran. saya mula ingat dosa dan pahala. saya niat esok harinya saya nak pergi ke kedai buku dan beli buku-buku yang berkaitan dengan islam. buku pertama yang saya beli dan baca waktu tu ialah buku "kisah-kisah sufi teladan". memang menginsafkan diri apabila baca buku tu. bermula daripada waktu tu lah saya dah berubah jadi seorang anak yang baik.
masuk form 4 saya nekad dalam diri nak belajar sungguh-sungguh supaya parents bangga dengan saya. semua classmate suka kawan dengan saya. cikgu-cikgu pun puji saya. setiap kali exam saya akan dapat anugerah cemerlang. alhamdullillah..saya bersyukur bcz Allah masih nak tolong aku. sampailah form 5. waktu tu nak exam SPM. memang agak nervous jugak. tapi, alhamdulillah dengan doa parents dan pertolongan daripada Allah s.w.t saya lulus dengan cemerlangnya. Akhirnya saya berjaya menjejakkan kaki ke menara gading iaitu Universiti Teknologi Mara(UiTM) Arau Perlis dalam diploma in geomatic science.
semoga kisah saya ni akan dijadikan pengajaran oleh semua muda mudi zaman sekarang. ingatlah bahawa Allah maha mengetahui apa yang kita lakukan biarpun waktu tu tiada siapa pun yang nampak. Dan percaya lah syurga dan neraka itu wujud. Bertaubatlah kalian selagi pintu taubat masih terbuka.