Monday, October 26, 2009

IMAN DAN AKHLAK


APA KATA MUSUH TERHADAP IMAN DAN ISLAM?.

perdana menteri Britain, William Ewart Gladstone(1809-1898)
" Selama mana al-Quran ini berada di tangan orang-orang islam, Eropah selama-lamanya tidak akan dapat menjajah Timur".

Lawrence Brown pernah berkata
"Sesungguhnya islam adalah satu-satunya benteng yang menghalang penjajahan Eropah".

David Gurion
"Sesungguhnya apa yang yang paling aku takut ialah akan lahirnya Muhammad yang baru di negara Arab".

KEBENCIAN MUSUH TERHADAP ISLAM.

Seorang oreentalis berbangsa Perancis bernama Keymon. Ia terlalu benci kepada umat islam sehingga mengatakan:
"Aku percaya di antara kewajipan kita ialah memperbodohkan 1/5 umat islam, menghukum yang selebihnya dengan kerja berat, meruntuhkan Ka'abah, menggali kubur Muhammad dan mayatnya diletakkan di muzium."

Rusto iaitu ketua bahagian perancangan di Kementerian Luar Negara Amerika. Belius menjelaskan:
"Sesungguhnya tujuan penjajahan ke atas Timur Tengah ialah memusnahkan Tamadun Islam dan mewujudkan sebuah negara bagi Israel. Ia merupakan penerusan berkekalan terhadap perang salib."

Gardner pernah berkata:
"Sesungguhnya Perang Salib bukanlah semata-mata untuk menyalamat (menguasai) Baitul Maqdis tetapi ia sebenarnya lebih merupakan kepada menghancurkan Islam."

SEPULUH STRATEGI MUSUH UNTUK MENGHANCURKAN ISLAM.

1- Menghapuskan Khilafah Islam.
2-Menghapuskan Al-Quran.
3-Rosakkan akhlak dan pemikiran orang Islam.
4-Memecahkan kesatuan Islam.
5-Meragukan orang Islam tentang agama mereka.
6-Mengekalkan orang Arab dalam keaadan lemah.
7-Mengelakkan pemerintahan ala diktator di negara Islam.
8-Membiarkan negara Islam mundur dalam perindustrian.
9-Menghalang pemimpin Islam yang kuat dari berkuasa.
10-Merosakkan wanita dan menggalakkan pergaulan bebas.

KEGERUNAN MUSUH TERHADAP ISLAM.

Hanato, bekas Menteri Luar Perancis berkata
“Tidak ada tempat dimuka bumi ini melainkan di bahagikan oleh Islam sempadannya dan tersebar agama itu padanya. Itulah satu-satunya agama yang manusia merasa cenderung untuk menganutnya dengan sebab tingginya daripada agama lain.

Albert Marcador berkata:
“Siapa tahu, boleh jadi suatu hari nanti Negara-negara di Eropah akan di ancam oleh orang Islam, mereka akan turun daripada langit memerangi dunia bagi kali kedua pada suatu waktu yang tertentu. Aku bukanlah peramal, akan tetapi alamat-alamat menunjukkan kemungkinan-kenungkinan itu banyak. Ketika arus itu melanda tidak ada nuclear atau pun peluru berpandu yang boleh menghalangnya. Sesungguhnya orang Islam pada hari ini telah pun sedar. Mereka telah pun melaung.”

Seorang misionari, Bowman telah menulis di dalam sebuah majalah misionari berhubung dengan kekuatan orang Islam.Katanya:
“Sesungguhnya suatu perkara yang menakutkan yang menghantui Negara Eropah ialah Islam. Ketakutan ini berdasarkan beberapa sebab. Anataranya, Islam sejak kelahirannya di Mekah ia tidak menghadapi masalah jumlah bilangat penganutnya, bahkan penganutnya sentiasa bertambah secara berterusa. Sebab ketakutan yang lain ialah dalam agama ini di antara rukunnya adalah termauk kewajipan berjihad.”

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.